Malayan Union adalah kesatuan yang ingin diwujudkan oleh kerajaan British untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persedian kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah bercadang mengiytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946. Tetapi penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan daripada orang Melayu. Terdapat beberapa 
faktor dan langkah semasa penentangan orang Melayu.

Antara beberapa faktor-faktor yang mendorong penentangan orang Melayu. Pertama ialah kedaulatan dan kuasa sultan terancam. Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

Faktor kedua ialah pemberian taraf kerakyatan. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan sentiment kebencian orang Melayu kepada kaum lain.  Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India. Jika orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu ini menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. Keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik,ekonomi, dan masa hadapan orang Melayu.

Faktor yang ketiga ialah cara Mac Michael medapatkan tandatangan sultan. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan. Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. Mac Michael tidak member masa dan peluang kepada sultan-sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Pemimpin-pemimpin pula marah dan berasa terhina dengan keangkuhan British yang tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berpelembagaan dan tidak demokratik.

Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu. Penentangan telah dilakukan melalui akhbar oleh pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu untuk menubuhkan Barisan Bersatu menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah memuatkan rencana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya Malayan Union. Desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.

Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945, satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan Mac Michael tiba di istina Sultan Kelanta. Pada 19 Januari, Persatuan Melayu Kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 000 orang. Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. Pada 10 Februari 1946,satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di Johor.

Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu,ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Unuion dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

Berlaku juga penentangan daripada bekas-bekas pegawai-pegawai British seperti Frank Swettenham,George Maxwell,Ronald Bradell,Cecil Clementi dan R.O. Winstedt. Mereka bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka telah menulis dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Secara keseluruhannya, sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu akan lenyap. Oleh  itu, berlakunya penentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu. Banyak persatuan-persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan kerajaan British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 
Picture
 

  1. Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara
·         15 Dis 1945     -   demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan
·         19 Jan 1946     -   demonstrasi Persatuan Melayu Kedah
·         01 Feb 1946    -   Persatuan Melayu Kelantan anjur satu lagi demonstrasi.
·         10 Feb 1946     -   demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita

  1. Kongress Melayu Se Malaya
·         oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor
·         dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu.
·         29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.
i.      orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU
ii.     raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.
iii.    kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.
·         kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941.

  1. Sokongan bekas pegawai British
·         bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.
·         Mereka menulis dalam akhbar Times  -  menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu.

 
Picture



  1. Kedaulatan dan kuasa sultan terancam

Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan.
Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja.
Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal(veto)
Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi.       
Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan
tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri.
kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British
        Pemberian taraf kerakyatan
·        Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina.     
·        syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
·        Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India

 kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.
·        Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu. 

Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan
·        Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua.
·        Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.
·        Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian.

 
Jam 11pagi,, 17/11/13,,
Kelas Dr.Zukeri tidak bermula seperti biasa, terdapat sedikit kelewatan,,
Kerana kelas yang biasa kami gunakan,,diambil oleh kelas lain terlebih dahulu,,
Hurmm,, ini tidak seperti kibiasaan,,, biasanya kelas tersebut hak mutlak kami,,
Ok,, done! apabila Dr.Zukeri mencari kelas,,,
so,,, bertempat di studio 3.4...
Sekali lagi Dr.Zukeri mengulangi benda yang sama tentang 3D,,, =)

P/s : terimalah sebanyak manapun ilmu yang diberi,,,
 
Picture
Kami geng Ana TasTie! Untuk Komputer Seni dan Multimedia Web,,,,

#SenyumSopmo =)

 
Hari ini dalam sejarah?
hari ini 16/11/13, kami baru sahaja membuat blog weebly ini,,,
pada pukul 8.30 bertempat ditempat bilik aktiviti pelajar,, seneng,,bachok,,
Sambil itu juga, kami berbincang tentang director,,,
arghhhh,, pening sangat-sangat,,
kerana video klip kami tak boleh di masukkan,, even dah guna format Quick Time 

    Kami budak kampung, tengah belajar Multimedia dan Web pada sem 3 ini,,

    Siapa Kami??
    Hai,, kami terdiri daripada tiga orang dalam kumpulan HAIDS ini,,
     Saya TASTA a.k.a Tuan Ainn Shazwani Bt Tuan Anuar,
    Umur 21, cita-cita saya nak jadi seorang pensyarah!! 

    Hobi saya suka membaca novel,, dan tengok anime,,,,
    Yaaaaaaaa,,,My
     heart is BELONG by Mr.Arrogant,, i do love him so muchhh,,, 



    Saya Nor Fatihah Bt Ismail orang panggil saya tihah. Umur sy 21.,cita-cita sy insyaallah menjadi seorang pereka grafik 1 hari nanti. Hobi saya paa masa lapang saya suka menjahit. Harapan saya,saya ingin berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita sy 1 hari nanti.


    하이
    i am nurzarith farhana ibrahim. "taksub" dengan aunna,i am kedahan and i'm proud to be "zarith".






    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    November 2013

    Categories

    All